Johor Tech Smart City
Syukur Alhamdulillah, saya telah menyempurnakan pelancaran Johor Tech Smart City, sebuah pembangunan berimpak tinggi bernilai RM80 bilion yang bakal mengubah landskap ekonomi negeri menerusi pembangunan ekosistem kecerdasan buatan (AI), teknologi pintar serta teknologi pertanian moden di kawasan seluas 2,300 ekar, sekali gus berpotensi mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan berkualiti untuk Bangsa Johor.
Melalui gabungan AgTech Campus dan Knowledge AI Campus, Johor Tech Smart City akan menjadi ekosistem bersepadu yang memfokuskan kepada kecerdasan buatan (AI), pertanian pintar, teknologi masa hadapan, penyelidikan, pembangunan bakat serta keselamatan makanan.
Penyertaan syarikat teknologi global seperti Huawei dan Agibot sebagai rakan strategik projek ini turut memperkukuh kedudukan Johor sebagai destinasi pilihan pelaburan berteknologi tinggi serta hab inovasi yang semakin mendapat perhatian di peringkat serantau dan antarabangsa.
Projek ini bukan sahaja bakal menarik lebih banyak pelaburan berkualiti ke negeri ini, malah membuka ruang kepada pembangunan bakat tempatan, pemindahan teknologi dan pengukuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) agar dapat berkembang seiring dengan ekonomi masa hadapan.
Terima kasih saya ucapkan kepada Genting Property, ACGT serta semua pihak yang telah memilih Johor sebagai lokasi pembangunan Johor Tech Smart City. Semoga kerjasama strategik ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, pembangunan bakat tempatan serta limpahan ekonomi yang memberi manfaat kepada seluruh Bangsa Johor. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor




