Jom “Pemain Ke-12” JDT Kita Penuhkan SSI 18 Februari Ini!
Syabas dan tahniah buat Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berjaya merekodkan kemenangan penting 2-1 ke atas Central Coast Mariners dalam aksi AFC Champions League Elite (ACLE).
Menjunjung Kasih ke bawah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang memberi perkenan untuk Patik dan delegasi Kerajaan Negeri Johor sama-sama memberikan sorakan dan semangat di Central Coast Stadium, Sydney.
Dua jaringan oleh Alvaro Gonzalez meletakkan JDT melonjak dua anak tangga dalam AFC MA Ranking memintas Australia dan Vietnam.
Kemenangan ini juga meletakkan skuad Harimau Selatan di tempat ke-5 carta kedudukan ACL Elite, sekali gus mengukuhkan tempat dalam kelompok lapan terbaik.
Ayuh Bangsa Johor kita teruskan momentum sokongan untuk perlawanan terakhir bagi peringkat liga ACL Elite di mana JDT akan menanti kunjungan wakil dari Korea Selatan, Pohang Steelers di Stadium Sultan Ibrahim pada 18 Februari (Selasa) ini.
Ayuh ramai-ramai “Pemain ke-12” JDT kita penuhkan Stadium Sultan Ibrahim 18 Februari ini untuk pastikan kemenangan dan 3 mata penuh milik JDT!
Luaskan Kuasamu Johor!
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Berserah