Setahun Memimpin, Terus Melangkah ke Hadapan!
Syukur Alhamdulillah, hari ini genap setahun saya menggalas amanah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor.
Banyak lagi agenda dan hala tuju pendidikan dan penerangan yang perlu dilaksanakan, terutamanya tahun 2025. Kami akan terus memperkukuh sistem pendidikan demi masa depan anak bangsa Johor yang lebih berkualiti serta memastikan penyampaian maklumat setiap dasar, inisiatif dan pencapaian kerajaan negeri dapat difahami serta dihayati oleh seluruh rakyat Johor.
In Shaa Allah, komitmen ini akan terus diperkukuh demi masa depan anak-anak Bangsa Johor yang lebih berkualiti
