JS-SEZ Strategic Forum 2026
Syukur Alhamdulillah, saya berpeluang menghadiri JS-SEZ Strategic Forum 2026 yang menghimpunkan lebih 400 pelabur global, peneraju industri serta rakan strategik dalam memperkukuh kedudukan Johor sebagai hab ekonomi serantau.
Menerusi forum ini, saya menekankan kepentingan memudahcara pelaburan melalui peranan IMFC-J sebagai pusat sehenti, serta memperkukuh pembangunan bakat tempatan melalui JTDC agar seiring dengan keperluan industri. Johor juga komited memperkasa perusahaan kecil dan sederhana supaya turut menikmati limpahan ekonomi JS-SEZ.
Selain itu, saya turut menyaksikan pertukaran Letter of Intent (LoI) melibatkan GSP Automotive Malaysia, Paragon Globe Berhad dan JT Automation bersama Invest Johor, serta Memorandum Persefahaman (MoU) antara ChenBro dan Southern University College bagi memacu pembangunan bakat tempatan dalam STEM dan TVET. Di samping itu, UOB My Digital Space (MDS) turut dilancarkan bagi memperkasa literasi digital, keselamatan siber, aplikasi AI dan keusahawanan.
Kerajaan Negeri kekal komited untuk memastikan setiap pelaburan yang dibawa masuk memberi nilai tambah kepada negeri, khususnya melalui peluang pekerjaan berkualiti tinggi, pemindahan teknologi serta pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan untuk Bangsa Johor. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah




