🎊SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2025: RAIKAN KEJAYAAN, CIPTA KEBAHAGIAAN! 🎊

Tahun Baru Cina hampir tiba, membawa sinar harapan dan kemakmuran untuk kita semua! 🧧✨ Mari kita bersama-sama menyambut tahun yang penuh dengan keberuntungan, kejayaan, dan kesejahteraan.

Semalam saya berkesempatan untuk bersama dengan warga Sengkang untuk meraikan Tahun Baru Cina di Gelanggang Bola Keranjang Kg BARU SENGKANG.

Uniknya program kali ini bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina sahaja tetapi ia juga diraikan bersama dengan kaum lain yang turut bersama dalam program ini.

Terima Kasih sudi menjemput saya dan juga sudi bersama,
En Chen Fang Chong – Ketua Bahagian MCA Kulai, Puan Kok Yon lan – Ketua Masyarakat Kg Baru Sengkang merangkap Ketua Wanita MCA Bahagian Kulai, En Wong Pow Kyan – Ahli Majlis MPKu merangkap SU MCA Bahagian Kulai, Dato’ Sri Lee Hock Seng – Penyumbang Program , En Andrew lim – penyumbang Program, Mr Pang – Penyumbang Program, Mr Tan Chun Kia – Pegawai Kemajuan Perkampungan.

Semoga tahun Ular ini membawa semangat yang berapi-api dalam setiap langkah kita ke arah masa depan yang lebih cemerlang!

Kerajaan Dibawah Tadbir Urus YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor komited dalam membentuk asas perpaduan kukuh untuk Bangsa Johor hidup dalam kesejahteraan yang jitu.

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua! Gong Xi Fa Cai! 🎇🏮

ALLAH PELIHARAKAN SULTAN
ALLAH BERKATI JOHOR