KARNIVAL KERJAYA DAN PENDIDIKAN TVET 2025 ZON JOHOR

Syukur alhamdulillah hari ini saya berkesempatan merasmikan Karnival Kerjaya dan Pendidikan TVET 2025 Peringkat Zon Johor yang dianjurkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Johor dengan kerjasama Majlis Pegawai Kaunselor (MAPEKA) Zon Johor.

Program yang berlangsung di Kolej Vokasional Kluang, Johor ini berjaya menarik kehadiran lebih 1,000 pengunjung. Sebanyak 20 majikan telah membuka kaunter temuduga dan merekodkan seramai 456 individu telah ditemuduga pada hari ini, dengan 67 calon berjaya pada peringkat awal.

Sebagai satu langkah strategik untuk memperkasakan kerjasama industri dan institusi TVET, sebanyak 14 syarikat telah bersetuju bekerjasama untuk sesi penyerahan Surat Niat atau Letter of Intent (LOI) bagi pengambilan tenaga kerja dengan Kolej Vokasional Zon Johor.

Syarikat-syarikat tersebut termasuk:
1. Celestica Electronics (M) Sdn Bhd
2. Sunningdale Tech (M) Sdn Bhd
3. Medivest Sdn Bhd
4. Handal Indah Sdn Bhd
5. Kulaan 46 Enterprise
6. NM Aircond Sdn Bhd
7. Outspan Malaysia Sdn Bhd
8. Auto Skyline Sdn Bhd
9. Space Auto Craftsmen Sdn Bhd
10. Alton Intelligent Technology Sdn Bhd
11. The Boathouse Pulau Tioman (Clearwater Island Resorts Sdn Bhd)
12. Concorde Hotel Shah Alam (Shah Alam Hotel Sdn Bhd)
13. The Lakehouse Cameron Highlands (Super Vista Sdn Bhd)
14. D&Y Textile Malaysia Sdn Bhd

Tahniah dan syabas kepada Kolej Vokasional Zon Johor di atas penyerahan LOI ini yang merupakan langkah penting untuk membina hubungan kerjasama yang kukuh dengan pihak industri selaras dengan inisiatif Kerajaan Negeri Johor melalui Johor Talent Development Council (JTDC).

Saya yakin dan percaya bahawa hubungan erat ini mampu memberi impak positif dan menyediakan peluang kerjaya yang menyeluruh untuk graduan, khususnya anak-anak Johor, melalui inisiatif sebagai pusat sehenti (one-stop center) untuk peluang pekerjaan.

Turut hadir dalam program ini ialah YB Chew Chong Sin (ADUN Mengkibol), YB Tuan Syed Hussein Syed Abdullah (ADUN Mahkota), Encik Vivekananta Punir Selvam (Pegawai Khas YB Wong Shu Qi, Ahli Parlimen Kluang), Encik Tong Sing Chuang (Pengarah PERKESO Johor), Encik Herman Raban (Pengurus Besar Unit Strategik Modal Insan Negeri Johor), dan Tuan Haji Affandi Masturi (Pengarah Kolej Vokasional Kluang).