Ke Arah Memperkasa JS-SEZ Sebagai Pemacu Ekonomi Baharu
Saya berpeluang berkongsi pandangan dalam forum Lebih Hebat Bersama anjuran Singapore Business Federation yang membincangkan hala tuju Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan menekankan beberapa inisiatif utama Kerajaan Negeri Johor untuk memperkukuh infrastruktur asas seperti jalan raya, sistem pengangkutan, bekalan elektrik, air, dan telekomunikasi bagi memastikan ekosistem pelaburan yang lebih mesra dan cekap di JS-SEZ.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga memberi tumpuan kepada pembangunan “soft infrastructure” seperti peningkatan kemahiran tenaga kerja melalui kerjasama dengan institusi latihan dan industri, serta memperkenalkan Sekolah Rintis Bangsa Johor sebagai projek perintis pendidikan bertaraf antarabangsa yang melahirkan modal insan berdaya saing untuk memenuhi keperluan sektor industri masa depan.
Saya turut berkongsi pandangan bahawa JS-SEZ mampu berperanan sebagai zon neutral pembangunan di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global akibat perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China. Kedudukan strategik Johor-Singapura sebagai pintu masuk ASEAN memberikan kelebihan untuk JS-SEZ menjadi platform perdagangan yang stabil bagi pelabur dari kedua-dua kuasa ekonomi tersebut.
Namun, saya menegaskan bahawa untuk memastikan kejayaan jangka panjang JS-SEZ, penglibatan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) adalah kunci utama. PKS perlu diperkasa dan diintegrasikan dalam rantaian bekalan global supaya mampu menjadi sebahagian daripada ekosistem perniagaan antarabangsa. Pada masa yang sama, pasaran ASEAN harus dijadikan sasaran untuk memastikan pertumbuhan mampan.
Dengan populasi melebihi 679 juta orang pada tahun 2023, ASEAN merupakan pasaran ketiga terbesar di dunia selepas China dan India. Lebih daripada 50% penduduknya berusia di bawah 35 tahun, menjadikan rantau ini kaya dengan tenaga kerja muda dan dinamik. Pada tahun 2025, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal ASEAN diunjurkan mencapai AS$4.25 trilion, dengan KDNK per kapita sekitar AS$6,209. Potensi pertumbuhan ini menawarkan peluang besar bagi PKS untuk berkembang dan menembusi pasaran serantau.
Kerajaan Negeri Johor komited untuk terus memperkasa JS-SEZ sebagai pemacu ekonomi baharu yang menguntungkan rakyat dan sektor perniagaan.
在由新加坡工商联合总会主办的论坛分享了柔佛-新加坡经济特区(JS-SEZ)的发展方向。州政府正积极加强基础设施建设,包括道路、交通、电力、水供和通讯网络等,以打造更加高效、友好的投资环境。
与此同时,我们也着重提升软性基础设施,例如,通过与企业和培训机构合作,提高本地劳动力的技能水平;此外,我们推出了“柔佛民族试点学校”(Sekolah Rintis Bangsa Johor)项目,培养具备国际竞争力的人才,以满足未来工业发展的需求。
我也提出JS-SEZ可以成为在美中贸易战下的中立发展区。由于全球供应链面临重新布局的挑战,柔佛与新加坡的战略位置,使JS-SEZ能够成为连接东南亚与全球的稳定平台,吸引来自中美两国的企业投资。
不过,要确保JS-SEZ的长期成功,最关键的就是扶持中小企业(SME)的发展。我们必须帮助本地中小企业融入全球供应链体系,让他们成为国际商业生态的一部分。同时,我们也应当将东盟市场视为主要目标,以实现可持续增长。
东盟在2023年的人口已超过6.79亿,成为仅次于中国和印度的全球第三大市场。 超过50%的人口年龄在35岁以下,使本地区拥有充满活力的年轻劳动力。 预计到2025年,东盟的国内生产总值(GDP)将达到4.25万亿美元,人均GDP约为6,209美元。 这些增长潜力为中小企业拓展区域市场提供了巨大机遇。
柔佛州政府将全力支持JS-SEZ的发展,希望能为柔佛人民和企业带来更多机遇,共同迈向更加繁荣的未来。