Pembangunan Rumah Mampu Milik Residensi Renggam Diteruskan Dengan Kerjasama TASKFORCE

Susulan lawatan saya sebelum ini ke Majlis Daerah Simpang Renggam dan setelah 4 kali saya mempengerusikan mesyuarat dan taskforce berkaitan pembangunan perumahan di Simpang Renggam, Alhamdulilah saya telah melawat tapak Residensi Renggam yang sedang dibangunkan Rumah Mampu Milik oleh pemaju JLG

TASKFORCE RMMJ Renggam telah dibentuk bersama Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor , MDSR, PTD Kluang, Pusat Khidmat ADUN Machap serta GLC Johor bagi menggerakkan pembinaan RMMJ Renggam.

TASKFORCE ini telah membentangkan modul & cadangan pembinaan RMMJ Renggam dengan kerjasama GLC. TASKFORCE berusaha secara maksimum dengan kaedah ‘fast track’ agar pembangunan perumahan ini dapat siap secepat mungkin agar dapat memenuhi keperluan perumahan rakyat Johor di Simpang Renggam.

Kerajaan Negeri dibawah kepimpinan YAB Dato Onn Hafiz Ghazi sedang berusaha secara maksimum agar Rumah Mampu Milik dibina disetiap Daerah, Parlimen & DUN. Segala usaha ini pastinya dilaksana secara berfasa dengan kerjasama semua pihak.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor