Ke PPS Sekolah Kebangsaan Sri Markom
Sekolah Kebangsaan Sri Markom menempatkan mangsa banjir dari 4 kampung sekitarnya. Sebanyak 11 keluarga dengan 35 orang di tempatkan di sini.
Terima kasih kepada pejabat YB Dato Ir Hasni Mohammad ADUN Benut pejabat YB Ahli Parlimen DS Ahmad Maslan serta kepimpinan Mukim dan kampung juga agensi keselamatan kebajikan Negeri dan Pusat yang bertugas.
Pihak sekolah juga bantu mempermudahkan urusan mangsa-mangsa banjir kita. Kesungguhan UMNO Bahagian Pontian juga kita kagumi dengan menyalurkan bantuan agar pengendalian PPS ini mesra orang kampung kita.