Menyantuni Mangsa Banjir di 5 buah PPS di Kota Tinggi

Pada hari ini saya ke 5 buah PPS di Kota Tinggi bagi menyantuni mangsa mangsa banjir di sana. Alhamdulillah, saya dapat melihat sendiri keadaan mereka dan memastikan segala keperluan mereka mencukupi.

Saya telah turun melawat mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gembut di Tanjung Sedili. Seramai 27 buah keluarga yang melibatkan 86 mangsa yang terkesan dengan bencana banjir.

Selepas itu, saya ke PPS Balairaya Kampung Perpat di Kota Tinggi. Di sana seramai 6 buah keluarga yang melibatkan kira-kira 27 mangsa telah dipindahkan di PPS di sana.

Kemudian, perjalanan diteruskan lagi ke PPS Sekolah Kebangsaan Sedili Kecil dan setakat ini telah ditempatkan seramai 20 orang mangsa banjir daripada 7 buah keluarga.

Syukur, semua mangsa banjir di PPS ini telah menerima bantuan kit makanan daripada JKM. Saya juga sempat lihat kanak-kanak di PPS ini mengisi masa lapang mereka dengan pelbagai aktiviti yang disediakan oleh JKM Negeri Johor – JKMNJ dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim Daerah Kota Tinggi.

Justeru itu, saya menyeru seluruh Bangsa Johor supaya terus waspada dan mendengar arahan daripada pihak berkuasa, supaya usaha pengurusan banjir di negeri ini berjalan lancar.

Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor serta pihak yang telah memberikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di semua PPS. Terima kasih anggota Polis, Rela, Pejabat Kesihatan, PBSM, Bomba yang menjaga kebajikan dan keperluan mereka disini. Semoga dipermudahkan semua mangsa-mangsa banjir.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor