Kerajaan Johor Tegas Banteras Ajaran Sesat
Sejak tahun 1994, sebanyak 22 ajaran telah difatwakan sebagai sesat dan menyeleweng dari akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran AlAsyairah AlMaturidiah di Johor.
Kesungguhan mengekang segala bentuk ajaran yang diamal dan disebarkan di kalangan pengikut kumpulan yang bersalahan dengan ajaran Islam ini, membuktikan komitmen Kerajaan Johor dalam menjaga kesucian agama Islam.
Kerajaan Johor akan menggunakan seluruh kekuatan perundangan yang sedia terpakai dalam membanteras kelangsungan ajaran-ajaran yang bersalahan ini.
Siri penerangan dan pendidikan kepada masyarakat akan dipergiatkan dalam usaha memberi kesedaran kepada orang ramai berhubung bahaya ajaran-ajaran sesat ini.
Marilah kita bersama-sama menjaga ketertinggian agama Allah ini. Semoga Allah memberkati usaha kita. Aamin.
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اِنْ تَنْصُرُوا اللّٰهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ اَقْدَامَكُمْ
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhamad : 7)