Menyantuni Anak Yatim Piatu di Simpang Renggam Daerah Kluang
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Sayu hati ini melihat anak anak kecil ini ditinggalkan oleh kedua ibu bapanya. Saya telah mendapat makluman berkenaan kes anak yatim piatu di daerah Kluang di mana ayahnya telah meninggal dunia pada tahun 2019 akibat serangan jantung dan ibunya telah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Anak2 ini sekarang menumpang kasih dgn datuk dan nenek nya.
Kes ini saya rujuk kepada JKM Negeri Johor – JKMNJ untuk mendapatkan bantuan yang bersesuaian memandangkan kanak-kanak tersebut merupakan anak yatim piatu. Kes ini juga telah dirujuk ke bahagian Kaunseling dan Psikologi untuk memberi kaunseling kepada anak–anak arwah yang trauma. Selain iu, kes ini turut dirujuk ke bahagian Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak untuk urusan hak penjagaan kanak-kanak tersebut.
Untuk makluman, JKMNJ telah mempertimbangkan untuk memberikan bantuan sebanyak RM600 setiap bulan sementara menunggu proses pembahagian pencen. JKMNJ juga menghulurkan kit makanan dan wakil YAB Menteri Besar Johor Dato’ Onn Hafiz Ghazi telah menyampaikan bantuan peribadi kepada anak anak ini.
Semoga roh arwah ibu bapa anak anak ini dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisi Allah SWT.
Saya juga mendoakan semoga anak anak ini diberi kekuatan untuk menjalani kehidupan yang seterusnya. Aamiin ya rabb 

Turut hadir Encik Mohd Shazuwan Husnan Bin Che Hamid, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kluang; Pn Sapilah Binti Hashim, Pegawai Khas YAB Menteri Besar; Penggerak Penggerak Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim serta semua pegawai yang hadir terlibat sama.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Selamatkan Johor