Kerajaan Negeri Akan Bekerjasama Dengan University Of Oxford
Menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, yang menegaskan supaya pegawai-pegawai kerajaan negeri Johor mendapat latihan dan pengalaman yang secukupnya untuk terus membangunkan negeri Johor.
Syukur Alhamdulillah. Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan University of Oxford, khususnya Blavatnik School of Government, sebuah institusi tersohor dunia yang melahirkan pemimpin, pembuat dasar, dan penyelidikan berimpak tinggi.
Pertemuan ini membuka ruang penting untuk Johor mendapatkan pandangan daripada tokoh akademik ternama berhubung dasar, kepimpinan berwawasan dan tadbir urus inklusif. Oxford turut berkongsi pengalaman mereka dalam merangka program latihan eksekutif yang mampu memperkukuh keupayaan pembuat dasar, penjawat awam, dan kepimpinan GLC di Johor.
Semoga lawatan ini menjadi titik tolak dalam mengukuhkan lagi hubungan Johor dengan rakan strategik global, melahirkan bakat berwawasan serta pemimpin berintegriti yang mampu membawa Johor dan Bangsa Johor ke tahap yang lebih gemilang. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor




