Kerajaan Negeri Johor Komited Memperkukuh Polisi Sumber Manusia dan Kesejahteraan Pekerja
Mewakili Kerajaan Negeri Johor dalam Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri bersama YB Menteri Sumber Manusia. Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk membincangkan isu-isu berkaitan sumber manusia seperti perlindungan pekerja, dasar gaji minimum, dasar gaji progresif, serta cabaran baharu seperti pengaruh AI terhadap pasaran buruh.
Dengan perkembangan ekonomi Johor yang begitu pesat, kita memerlukan polisi sumber manusia yang lebih mampan dan seiring dengan keperluan semasa. Kerajaan Negeri Johor komited memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat daripada kemajuan ini, terutama dari segi hak pekerja, peningkatan pendapatan, dan penyesuaian dengan teknologi baharu.
Kami percaya kolaborasi erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan mampu memastikan kesejahteraan pekerja terus diperkukuh selaras dengan kemajuan ekonomi Johor.
代表柔佛州政府出席人力资源部长与各州行政议员会议。此会议是一个重要平台,探讨与人力资源相关的议题,包括劳工保障、最低薪资政策、渐进式薪资政策,以及AI技术对劳动市场的冲击等问题。
随着柔佛经济迅速增长,我们迫切需要更完善、更符合时代需求的人力资源政策,以确保州内劳动市场能够健康发展。州政府致力于让每位劳动者都能从经济发展中受益,保障劳工权益,提升收入水平,同时积极适应新科技带来的变革。
我们相信,州政府与联邦政府紧密合作,将进一步巩固劳动者的福祉,与柔佛经济发展同步前进。