Kerjasama PPAJ dan UiTM Johor Memacu Budaya Membaca dan Inovasi Ilmu
Hari ini saya telah menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) dan UiTM Cawangan Johor. AP Access Point General
Diharapkan jalinan kerjasama antara Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) dan UiTM Cawangan Johor ini bukan sekadar pemangkin kepada budaya membaca yang lebih inklusif, santai, dan dinamik di Negeri Johor, tetapi juga menjadi landasan kepada pembaharuan yang lebih segar dalam dunia ilmu.
Peranan perpustakaan awam kini lebih luas—bukan sekadar pusat sumber, tetapi sebagai jambatan yang menghubungkan pelbagai pihak. Ia berfungsi sebagai ruang awam (public space) yang menyatukan para akademik, perpustakaan akademik, serta komuniti, mewujudkan ekosistem pembelajaran yang lebih terbuka dan interaktif.
Turut bersama Prof. Madya. Dr. Saunah Zainon, Rektor UiTM Johor, Puan Ungku Hajah Noorakmal binti Ungku Sulaiman,
Pengarah, Perbadanan Perpustakaan Awam Johor, Dr. Siti Khadijah binti Alias,
Penolong Rektor UiTM Johor dan Ts. Encik Ahmad Amiri bin Mohamad, Pengarah, Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan.