Kerjasama Erat dengan Majlis Tindakan DUN Kukup dan DUN Benut untuk Menangani Isu Masyarakat

Dilantik oleh Menteri Besar Johor sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang menjadi Exco Angkat daerah Pontian, saya kini lebih kerap datang ke sini untuk memastikan segala isu isu yang perlu diangkat ke peringkat kerajaan negeri untuk diuruskan.

Saya menghadiri mesyuarat penyelarasan bersama Majlis Tindakan DUN Kukup dan DUN Benut, pelbagai isu telah dibincangkan dan bakal diambil tindakan oleh agensi yang terlibat.