Majlis Penyerahan Projek Penaiktarafan Jalan Kluang – Paloh – Yong Peng (J16), Kluang, Johor
Syukur Alhamdulillah, saya berbesar hati merasmikan Majlis Penyerahan Projek Penyiapan Naiktaraf Jalan Kluang – Paloh – Yong Peng (J16), Kluang, Johor.
Projek ini melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan serta sistem perparitan bagi mengatasi isu banjir yang sering berlaku di kawasan ini.
Menurut kontrak, tempoh pelaksanaan projek ditetapkan selama 96 minggu, bermula 7 Disember 2023 hingga 8 Oktober 2025. Namun, projek ini berjaya disiapkan lebih awal, iaitu pada 26 Disember 2024—286 hari lebih awal daripada jadual asal.
Antara pencapaian utama projek ini termasuk:
1. Perakuan Siap Kerja (CPC)
2. Penyediaan As-Built Drawing
3. Penyempurnaan Statement of Final Account (SOFA)
4. Penyiapan lebih awal sebanyak 286 hari
5. Penjimatan kos kontrak
6. Pencapaian KPI objektif projek
7. Penerbitan Coffee Table Book
8. Tiada kecacatan utama (Zero Major Defect)
9. Pelaksanaan program CSR (Gotong-royong oleh Pasukan Projek)
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Pasukan Projek JKR serta pihak kontraktor atas komitmen dan kerjasama cemerlang sepanjang pelaksanaan projek ini.
Saya berharap semoga infrastruktur yang telah dinaik taraf ini memberi manfaat kepada semua pengguna jalan raya, khususnya rakyat Johor.