Komitmen Berterusan Dalam Memastikan Kejayaan Sekolah Rintis Bangsa Johor

Komitmen ini adalah bukti kesungguhan saya dalam memastikan SRBJ benar-benar memberi manfaat kepada anak-anak kita serta menjadi model pendidikan yang berkualiti tinggi untuk Bangsa Johor.

Alhamdulillah, petang tadi saya telah menghadiri mesyuarat bersama pegawai penyelaras Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) bagi meneliti perkembangan dan status pelaksanaan setiap teras utama. Komitmen berterusan ini penting untuk memastikan setiap inisiatif yang dirancang berjalan lancar.

Untuk makluman para ibu bapa dan guru-guru, saya ingin menegaskan bahawa inisiatif Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) akan sentiasa dipantau rapi. Saya sendiri akan memastikan mesyuarat penyelarasan gerak kerja diadakan setiap dua minggu bagi memastikan pelaksanaan SRBJ berjalan lancar dan menepati matlamat yang telah ditetapkan.