Perbincangan Bersama Sonny Bill Williams Berkaitan Pembangunan Atlet, Sukan Ragbi Johor
Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Is
mail, Pemangku Sultan Johor HRH Crown Prince of Johor yang mempelawa bintang dan lagenda ragbi All Blacks, Sonny Bill Williams untuk turun ke bumi Johor.
Alhamdulillah, petang tadi saya berkesempatan mengadakan pertemuan bersama bekas pemain ragbi profesional All Blacks ini yang lebih gemar disapa dengan nama Islamnya, Hamza dan kami banyak membincangkan soal kerjasama dan sinergi khususnya dalam pembangunan atlet serta sukan ragbi di Johor.
Selaku EXCO Belia dan Sukan Negeri Johor, perbincangan yang turut dihadiri Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor – MSNJ, Ts Mohd Ekmaluddin Ishak dan Pimpinan Kesatuan Ragbi Johor tadi dilihat sebagai “kick-off” atau permulaan yang baik dan memberangsangkan.
Menjunjung Kasih DYAM Tunku yang banyak memperkenalkan patik dengan bintang-bintang sukan ternama, seterusnya membolehkan patik mengadakan diskusi dan perkongsian idea, tidak lain dan tidak bukan dengan satu tujuan iaitu bagi merancakkan sektor sukan di negeri Johor.
Sesungguhnya, patik akan sentiasa mengingati titah pesanan DYAM Tunku yang sentiasa menekankan soal sukan itu sebagai satu “networking”.
Insya-Allah, sama-sama kita doakan semua usaha ini dipermudah dan dapat dilaksanakan dengan jayanya demi memastikan pembangunan sukan ragbi di Johor terus berada di tahap yang cemerlang.
Allah Peliharakan Sultan

Allah Berkati Johor
Kepada Allah Berserah