Komitmen Johor Perkasa Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura
Kerajaan Negeri Johor terus komited untuk memastikan manfaat daripada Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dapat dinikmati oleh semua pihak. Sehubungan itu, satu bengkel khas telah diadakan hari ini untuk membincangkan dan memperhalusi pelan ekonomi komprehensif bagi Johor.
Bengkel ini melibatkan pakar ekonomi, pihak industri, wakil kerajaan, serta pelbagai pihak berkepentingan untuk mengenal pasti peluang pelaburan berkualiti tinggi dalam sektor utama seperti pembuatan, logistik, pelancongan, dan peralihan tenaga.
Pelan yang dirangka melalui kerjasama strategik ini diharap dapat mewujudkan sehingga 20,000 peluang pekerjaan mahir dalam tempoh lima tahun, sekali gus memperkukuh daya saing Johor sebagai destinasi pelaburan terkemuka di Asia Tenggara.
Kerajaan Negeri Johor percaya bahawa usaha ini bukan sahaja akan memperkasakan ekonomi negeri, tetapi juga membawa kesejahteraan kepada rakyat secara keseluruhan.
柔佛州政府致力于确保柔佛-新加坡特别经济区(JS-SEZ)的利益能够惠及所有人。为此,今天举行了一场特别工作坊,以讨论并完善柔佛的全面经济计划。
工作坊汇集了经济专家、行业代表、政府代表及相关利益群体,共同探讨如何在制造业、物流、旅游业及能源转型等关键领域吸引高质量投资。
这一计划预计将在未来五年内创造多达20,000个技能型就业机会,进一步增强柔佛作为东南亚领先投资目的地的竞争力。
柔佛州政府相信,这一举措不仅能提升州内经济,还将全面造福于民


