Potensi Luar Biasa JS SEZ Sebagai Pemacu Pelaburan Strategik
Bersama MBJ berbesar hati menerima delegasi 30 penganalisis ekuiti dan pelaburan yang terdiri daripada wakil 20 institusi tempatan dan 10 institusi antarabangsa. Mereka telah dibawa oleh Maybank untuk meninjau secara langsung peluang pelaburan di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ). Lawatan ini merupakan platform penting untuk memperkenalkan potensi luar biasa JS-SEZ dalam menarik pelaburan strategik bernilai tinggi.

Dalam sesi taklimat, saya telah membentangkan pakej insentif penuh yang ditawarkan di JS-SEZ bust kali pertama. Selain itu, saya turut berkongsi maklumat mengenai insentif yang tersedia di Forest City Special Financial Zone (FCSFZ) dan Zon Khas Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC). Insentif ini merangkumi pelbagai sektor strategik yang menjadi pemacu utama ekonomi Johor.
Antara insentif utama yang ditawarkan termasuk:
• Kadar cukai korporat khas 5% sehingga 15 tahun untuk pelabur yang terlibat dalam sektor bernilai tinggi seperti kecerdasan buatan (AI), teknologi kuantum, aeroangkasa, perubatan, peranti perubatan, kimia khusus, dan hab perkhidmatan global. Turut dikongsikan adalah insentif berkaitan logistik, sektor pelancongan, acara antarabangsa, bantuan pengembangsn syarikat serta syarat dan lain-lain yang berkaitan
• Kadar cukai pendapatan individu khas 15% untuk pekerja berpengetahuan.
• Kemudahan infrastruktur bertaraf dunia termasuk Rapid Transit System (RTS) yang menghubungkan Johor dan Singapura, serta pelabuhan dan zon logistik bertaraf antarabangsa. Kami juga berkongsi proses Johor Superlane yang dapat membantu projek dimulakan secepat mungkin.
Kerjasama erat antara Malaysia dan Singapura dalam membangunkan JS-SEZ merupakan model unik yang jarang ditemui di dunia. Dengan sokongan penuh daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Johor, dan pelbagai agensi melalui penubuhan Invest Malaysia Facilitation Centre Johor (IMFCJ) dan Johor Talent Development Council (JTDC), JS-SEZ kini bersedia menjadi tumpuan pelaburan global.
Dengan kedudukan strategik Johor di rantau ASEAN, JS-SEZ dilihat sebagai pemacu utama untuk meningkatkan daya saing ekonomi negara. Dasar-dasar yang jelas, disokong oleh infrastruktur moden seperti projek RTS dan pelabuhan utama, dan sekarang ditambah dengan insentif fiskal dan bukan fiskal, ia membolehkan Johor menjadi hab perdagangan, pelaburan, dan maritim terunggul.
Sebagai tambahan, JS-SEZ akan memberi impak langsung kepada komuniti setempat dengan:
• Meningkatkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, sasaran awalan adalah 20,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.
• Memacu pertumbuhan sektor perniagaan kecil dan sederhana (SME).
• Menarik tenaga kerja profesional dari seluruh dunia.
Dengan pakej insentif yang kompetitif, kerjasama strategik antara Malaysia dan Singapura, serta sokongan dasar yang menyeluruh, saya optimis bahawa JS-SEZ akan menjadi nadi pembangunan ekonomi bukan sahaja untuk Johor, tetapi juga untuk seluruh rantau ASEAN.
Kepada semua pelabur, inilah masanya untuk mengambil peluang keemasan ini. Johor sedang membuka pintu kepada pelaburan masa hadapan!
与州务大臣一起接待由马来亚银行(Maybank)带领的30位投资分析师。他们分别来自20家本地机构和10家外国机构,前来实地考察柔佛-新加坡特区(JS-SEZ)的投资机会。这次访问为推广JS-SEZ作为高价值投资目的地提供了重要平台。
在简报会上,我首次详细介绍了JS-SEZ的完整激励计划,并分享了森林城市特别金融区(FCSFZ)和边佳兰综合石化园区(PIPC)所提供的各种优惠措施。这些激励政策覆盖多个战略领域,将成为柔佛经济发展的重要引擎。
主要激励措施包括:
• 长达15年的5%企业税率优惠,适用于人工智能(AI)、量子技术、航空航天、医疗,医疗器械,特殊化学品和全球服务中心等高价值领域的投资者。同时,也介绍了关于物流,国际项目,旅游及协助公司扩张的奖掖措施以及相关的条件。
• 个人所得税优惠税率15%,适用于知识型人才。
• 世界级基础设施支持,包括连接柔佛和新加坡的RTS项目及国际物流港口。同时也介绍州政府推出的快速通道,让企业能尽快开展项目。
马来西亚和新加坡在开发JS-SEZ方面的紧密合作堪称全球罕见的典范。在联邦政府、柔佛州政府的全力支持下,JS-SEZ已做好准备,迎接全球投资者的关注。
柔佛作为东盟地区的战略门户,JS-SEZ被认为是提升区域竞争力的关键动力。凭借明确的政策方向和现代化的基础设施,柔佛将成为区域贸易、投资和海运的领先中心。
此外,JS-SEZ还将为本地社区带来直接利益,包括:
• 提供高技能就业机会,前期目标包括2万个高技术就业机会。
• 促进中小企业(SME)的发展。
• 吸引来自全球的专业人才。
凭借具有竞争力的激励计划、马来西亚和新加坡的战略合作,以及全面的政策支持,我对JS-SEZ的成功充满信心。它不仅将推动柔佛的经济发展,还将为整个东盟地区注入活力!