KPJ Bandar Dato Onn Lancar Larian 5KM Sempena Ulang Tahun Ke-6

Menghadiri acara ulang tahun ke-6 anjuran KPJ Bandar Dato Onn. Selain larian santai, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk semua.

KPJ Bandar Dato Onn juga baru sahaja menambah jabatan kepakaran jantung, pusat dialisis, serta unit endoskopi. Selain itu, mereka telah menambah 60 katil baharu, menjadikan jumlah keseluruhan daripada 90 kepada 150 katil pada masa ini.