Lawatan dan Bantuan Mangsa Banjir di Kota Tinggi

Seusai di PPS SK Sedili Kecil, saya ke PPS Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar. PPS ini menempatkan seramai 40 buah keluarga dengan bilangan mangsa 134 mangsa. Turut bersama saya YB Fauziah Misri – Adun Penawar turun ke PPS untuk melawat mereka yang terkesan dengan banjir.

Seterusnya, saya terus ke PPS terakhir di PPS Dewan Kampung Baru Sungai Mas. Setakat jam 6:30 petang tadi, seramai 7 buah keluarga yang melibatkan 33 mangsa telah terlibat dengan bencana banjir itu.

‎”لاحول ولا قوة إلا بالله”
Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.

Alhamdulillah syukur, semua mangsa banjir di PPS ini juga telah menerima bantuan kit makanan daripada JKM. Mereka turut melakukan pelbagai aktiviti bersama JKM Negeri Johor, YPKDT Daerah Kota Tinggi dan penggerak-penggerak YPKDT.

Sekali lagi saya menyeru seluruh Bangsa Johor supaya terus waspada dan mendengar arahan daripada pihak berkuasa, supaya usaha pengurusan banjir di negeri ini berjalan lancar.

Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor serta pihak yang telah memberikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di semua PPS. Terima kasih anggota Polis, Rela, Pejabat Kesihatan, PBSM, Bomba yang menjaga kebajikan dan keperluan mereka disini. Semoga dipermudahkan semua mangsa-mangsa banjir.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor