Lawatan Menteri Besar Johor ke PPS Mangsa Banjir di Kota Tinggi

Mengiringi YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, dalam menyantuni mangsa-mangsa banjir di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Tinggi,PPS SJKC New Kota, PPS SK Datuk Usman Awang, PPS SK Laksamana,PPS SRAB Kota Tinggi.

Dalam lawatan ini, beliau beramah mesra dengan mangsa-mangsa banjir, serta menyampaikan sumbangan bencana bagi meringankan beban yang ditanggung.

Selain itu, diadakan sesi taklimat dan penerangan oleh agensi-agensi berkaitan, termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), serta Jabatan Meteorologi Daerah Kota Tinggi. Taklimat tersebut memberi maklumat terperinci mengenai pelaksanaan kerja-kerja mitigasi banjir, usaha pembaikan infrastruktur, serta ramalan cuaca dan langkah berjaga-jaga bagi menghadapi situasi banjir yang berterusan.

Semoga segala usaha ini dipermudahkan dan menjadi bukti komitmen kerajaan negeri Johor dalam memastikan kebajikan rakyat terpelihara. Insya-Allah.