Lawatan ke Harvard Kennedy School – Center for International Development (CID)
Menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, yang menekankan kepentingan kolaborasi bersama institusi-institusi terbaik dunia untuk membangunkan modal insan Negeri Johor.
Syukur Alhamdulillah, lawatan ke Harvard Kennedy School – Center for International Development (CID) telah membuka ruang berharga untuk Johor bekerjasama dengan Harvard didalam pendidikan, tadbir urus, kepimpinan dan inovasi pembangunan mampan.
Perbincangan dengan Harvard juga menjurus kepada kerjasama untuk membangunkan kajian kes (case study) tentang pelaksanaan Johor–Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ). Kajian ini bakal menjadi rujukan penting dalam menilai reka bentuk institusi, strategi pembangunan bakat, serta keberkesanan pelaksanaannya sebagai model pembangunan serantau.
Pada masa yang sama, Johor dan Harvard mencapai kesepakatan untuk meneroka program pembangunan bakat dan kepimpinan melalui Harvard Kennedy School (HKS) Executive Education, dengan penekanan pada pembinaan kapasiti jangka panjang yang memberi impak nyata kepada pentadbiran negeri dan rakyat.
Saya yakin kerjasama ini bukan sahaja akan mengangkat Johor ke pentas global, tetapi yang lebih penting ialah bagaimana ia diterjemahkan kepada rakyat melalui pembangunan negeri yang lebih berwawasan, peningkatan bakat anak muda yang berdaya saing, serta pengukuhan institusi yang mampu menjamin kemakmuran Johor secara mampan. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor




