Lawatan ke Klinik Kesihatan (KK) Gelang Patah
Syukur Alhamdulillah.
Susulan lawatan saya ke Klinik Kesihatan (KK) Gelang Patah, saya telah mengadakan perjumpaan bagi membincangkan isu klinik kesihatan yang daif, uzur, dan sesak di Johor iaitu KK Gelang Patah, KK Majidee, KK Tebrau dan KK Kulai. Dalam perjumpaan ini, kami membincangkan pelbagai isu dan mencadangkan penyelesaian secara berfasa untuk menangani masalah tersebut.
Bagi jangka masa pendek, Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukkan sebanyak RM 2 juta menaik taraf fasiliti di ketiga-tiga klinik kesihatan yang terlibat termasuklah:-
1. Mesin ultrasound
2. Pendingin hawa
3. Kerusi di ruang menunggu
4. Kipas dinding
5. Komputer dan mesin pencetak
6. Meja dan kerusi untuk doktor serta jururawat
7. Ambulans
Manakala untuk penyelesaian jangka masa sederhana Kerajaan Negeri juga memperuntukkan RM 1 juta bagi pemindahan perkhidmatan Klinik Ibu & Anak KK Gelang Patah ke premis lain untuk menampung keperluan dan kepadatan penduduk di kawasan tersebut. Sebanyak RM 1 juta juga diperuntukkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) untuk kemudahan tempat letak kereta orang awam.
Langkah penyelesaian jangka masa panjang pula melibatkan pembinaan KK Gelang Patah, KK Majidee dan juga KK Kulai yang baru dimana terdapat tapak tanah yang telah dikenalpasti. Kerajaan Negeri yakin dengan bantuan dan sokongan Kerajaan Persekutuan, isu klinik daif dan uzur ini dapat diselesaikan.
Semoga segala usaha dalam menambahbaik fasiliti kesihatan yang dilaksanakan ini dapat diterjemahkan demi keselesaan Bangsa Johor, sekali gus memberi impak positif dari segi kualiti kehidupan seharian. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor