Perbincangan Mengenai Kemajuan Terkini di Pengerang Integrated Complex (PIC)
Syukur Alhamdulillah, saya berpeluang berjumpa pengurusan PETRONAS bagi membincangkan mengenai kemajuan terkini di Pengerang Integrated Complex (PIC).
Menerusi perjumpaan ini, saya dimaklumkan perkembangan terkini bahawa sebanyak RM7.5 bilion jumlah pelaburan baru telah dilakukan oleh PETRONAS. Pelaburan ini termasuk projek tenaga solar 40 megawatt, kerjasama antara PCG & LG Chemical untuk pengeluaran Nitrile Butadiene Latex (NBL), loji kitar semula bahan kimia tercanggih untuk plastik, serta pembangunan bio-refinery yang dijangka akan beroperasi menjelang 2028.
Saya juga dimaklumkan bahawa PIC telah menyelesaikan Ujian Prestasi Terpadu (PTR) untuk 54 loji mereka. Pelbagai perancangan pembangunan telah dirangka di PIPC yang berkeluasan 22,904 ekar dan akan dibangunkan dalam empat fasa, sejak dari 2012 hingga 2037, dalam mewujudkan rantaian minyak dan gas hiliran di Johor.
Semoga segala pembangunan ini memberi limpahan ekonomi serta menarik pelabur-pelabur baru, agar hasrat menjadikan Johor sebuah negeri maju menjelang tahun 2030 tercapai. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor