Lawatan ke PPS Dewan Sekolah Agama Kampung Tengah 1 Kluang
Kita ke PPS Dewan Sekolah Agama Kampung Tengah 1 Kluang juga tadi.
Kat sini ada 13 buah keluarga dengan 49 orang semunya.. syukur kebajikan mereka terjaga dengan amat baik. Makanan juga dibekalkan mengikut waktu. Cemilan jangan dicakap, ramai yang datang menyumbang biskut dan macam-macam lagi.
Pemeriksaan kesihatan berkala turut disediakan bagi memastikan semua mangsa yang dipindahkan ini dalam keadaan baik.
Terima kasih kepada semua. Nikmat yang Allah beri disebalik setiap ujian, hanyalah untuk terus mendekatkan kita kepada Nya. Surah An Naml : 40 –
هٰذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّيْۗ لِيَبْلُوَنِيْٓ ءَاَشْكُرُ اَمْ اَكْفُرُۗ
“Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mengujiku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (nikmat-Nya)”
Allahu Akbar
