Lawatan ke PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Hj Manan

Saya ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Hj Manan yang dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi Kampung Palembang Lama dan Palembang Baru dalam DUN Mahkota kawasan YB Syed Hussien Al-yahya.

Alhamdulillah penempatan 202 orang mangsa dari 60 buah keluarga kat sini sangat baik dan tersusun.. Kita serahkan sumbangan tunai Majlis Agama Islam Johor beserta pek kebersihan dan kit solat kepada setiap keluarga.

MAINJ memperuntukan RM1juta bagi Tabung Bencana Negeri Johor di mana RM200 ribu disalurkan secara pentadbiran kepada pegawai-pegawai daerah dan RM800 ribu adalah bagi penyediaan pek dan kit MAINJ tersebut.

Terima kasih kepada Puan Pegawai Daerah Kluang dan YB Syed ADUN Mahkota serta para pegawai jabatan dan agensi Kerajaan yang terus bekerja kuat dalam memastikan keselamatan para penduduk dan mangsa banjir kita.

Penghargaan juga kepada para sukarelawan serta rakan-rakan dari kepimpinan UMNO Cawangan dan Bahagian Kluang yang sentiasa dekat kepada masyarakat

Muafakat Itu Berkat 💪🤲