Lawatan ke PPS Kg Sri Paya Kulai
Seterusnya saya bersama Tuan Fahmi Salam YDP Majlis Perbandaran Kulai & Tuan Mohd Fazli Md Said Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai telah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di PPS Kg Sri Paya..PPS ini menempatkan seramai 51 keluarga yang terdiri dari 195 orang penduduk dari Kampung Sri Paya & Kg Sri Rahmat.
Di sini, saya telah bertemu dan menyantuni mangsa-mangsa banjir serta mendengar sendiri keperluan mereka. Saya turut meninjau kemudahan yang disediakan bagi memastikan segala keperluan asas seperti tempat berteduh dan bekalan makanan berada dalam keadaan mencukupi.
Bagi pihak Kerajaan Negeri dibawah kepimpinan YAB Dato Onn Hafiz Ghazi saya telah berbincang dengan Pegawai Daerah & YDP MPku dan semua agensi terlibat agar sebarang keperluan tambahan, termasuk khemah dan bekalan makanan tambahan dihantar segera ke PPS yang memerlukan.
Turut bersama saya di PPS Kg Sri Paya YB Arthur ADUN Senai.
Saya sangat menghargai kerjasama erat antara semua pihak yang terlibat yang kini sedang bertungkus-lumus bertugas di lapangan. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan perlindungan kepada kalian semua.
Marilah kita terus berdoa agar situasi ini segera pulih dan semua mangsa diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini. Semoga setiap usaha ini diberkati oleh Allah SWT.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor