Lawatan ke PPS Murni Jaya Kulai

Selesai solat magrib di Surau Kg Sri Sempurna, saya bersama Tuan Haji Azmee Awang Setiausaha Majlis Perbandaran Kulai & Tuan Mohd Fazli Md Said Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai telah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di PPS Murni Jaya.PPS ini menempatkan seramai 19 keluarga yang terdiri dari 75 orang penduduk dari Kampung Murni Jaya.

Di sini, saya telah bertemu dan menyantuni mangsa-mangsa banjir serta mendengar sendiri keperluan mereka. Saya turut meninjau kemudahan yang disediakan bagi memastikan segala keperluan asas seperti tempat berteduh dan bekalan makanan berada dalam keadaan mencukupi.

Bagi pihak Kerajaan Negeri dibawah kepimpinan YAB Dato Onn Hafiz Ghazi saya telah berbincang dengan Pegawai Daerah & YDP MPku dan semua agensi terlibat agar sebarang keperluan tambahan, termasuk khemah dan bekalan makanan tambahan dihantar segera ke PPS yang memerlukan.

Saya sangat menghargai kerjasama erat antara semua pihak yang terlibat yang kini sedang bertungkus-lumus bertugas di lapangan. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan perlindungan kepada kalian semua.

Marilah kita terus berdoa agar situasi ini segera pulih dan semua mangsa diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini. Semoga setiap usaha ini diberkati oleh Allah SWT.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor