Lawatan ke PPS SK Senai Kulai
Seterusnya saya bersama Tuan Fahmi Salam YDP Majlis Perbandaran Kulai Puan Naidatul PTD Kulai & Tuan Mohd Fazli Md Said Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai telah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di PPS SK Senai. PPS ini menempatkan seramai 25 keluarga yang terdiri dari 85 penduduk dari Kg Jaya Sepakat & Kg Sepakat Baru.
Di sini, saya telah bertemu dan menyantuni mangsa-mangsa banjir serta mendengar sendiri keperluan mereka. Saya turut meninjau kemudahan yang disediakan bagi memastikan segala keperluan asas seperti tempat berteduh dan bekalan makanan berada dalam keadaan mencukupi.
Bagi pihak Kerajaan Negeri dibawah kepimpinan YAB Dato Onn Hafiz Ghazi saya telah berbincang dengan Pegawai Daerah & YDP MPku dan semua agensi terlibat agar sebarang keperluan tambahan, termasuk khemah dan bekalan makanan tambahan dihantar segera ke PPS yang memerlukan.
Saya sangat menghargai kerjasama erat antara semua pihak yang terlibat yang kini sedang bertungkus-lumus bertugas di lapangan. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan perlindungan kepada kalian semua.
Marilah kita terus berdoa agar situasi ini segera pulih dan semua mangsa diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini. Semoga setiap usaha ini diberkati oleh Allah SWT.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor