Lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PSS) Mangsa Banjir Dalam Daerah Johor Bahru
Seawal pagi selepas program Semarak Subuh Johor, saya bersama ADUN Skudai, YB Marina.Ibrahim dan Pegawai Daerah Johor Bahru, Tuan Mohd Masni Wakiman mengadakan lawatan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka dalam daerah Johor Bahru.
Dua PPS tersebut ialah di Dewan Muafakat Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Phu Sze yang keseluruhannya menempatkan seramai 282 mangsa daripada 93 keluarga, setakat jam 10 pagi tadi.
Saya sempat menyantuni dan mengagihkan Kotak Southern Volunteers (SV) kepada mangsa-mangsa banjir di kedua-dua PPS.
Sama-sama kita doakan cuaca di Johor kembali cerah hari ini dan membolehkan semua yang terjejas bencana banjir ini dapat pulang dan meneruskan rutin harian mereka seperti biasa. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Berserah