Semarak Subuh Johor DUN Larkin di Masjid Ar-Raudah, Kg Dato’ Onn Larkin

Alhamdulillah, pagi tadi saya berkesempatan bersama jemaah dan penduduk setempat dalam Program Semarak Subuh Johor bagi kawasan DUN Larkin di Masjid Ar-Raudah, Kampung Dato’ Onn Larkin.

Turut bersama pagi tadi ialah mantan Pegawai Daerah Johor Bahru dan kini Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Hj Ahmad Nazir bin Mohd Nasir.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Berserah