Lawatan ke Pusat Pemprosesan Produk Tenusu Baladna, Qatar
Bersama team JCORP & Farmbyte mengadakan lawatan ke Pusat Pemprosesan Produk Tenusu Baladna, Qatar.
Baladna merupakan Syarikat Pertanian Qatar yang menjalankan aktiviti ternakan dan menghasilkan produk tenusu. Ia merupakan pengeluar makanan dan tenusu terbesar Qatar, iaitu membekalkan lebih 95% daripada produk tenusu segar negara. Mereka mempunyai lebih 20 ribu ekor lembu tenusu dan mampu mengeluarkan 400 ribu liter susu setiap hari (146 juta liter setahun). Jumlah ini terlalu jauh beza dengan pengeluaran susu Malaysia iaitu sebanyak 38.9 juta liter setahun.
Untuk rekod, Johor mengeluarkan 6.4 juta liter setahun dan sedang membangunkan Projek Jemaluang Dairy Valley (JDV) yang dijangka mula beroperasi akhir tahun ini dengan anggaran pengeluaran susu sebanyak 7 juta liter setahun. Ia bakal menjadikan pengeluaran susu negeri Johor sebanyak 13 hingga 15 juta liter setahun menjelang tahun 2027. Kami harap usaha ini mencapai matlamatnya, Insha Allah.