TAKLIMAT & LAWATAN WAR ROOM UMNO PASIR GUDANG
Selesai program Bakul Kasih di Pusat Khidmat DUN Bukit Permai, saya berkesempatan bersama-sama Pengerusi War Room UMNO Negeri Johor YB Datuk Haji Samsolbari Jamali, Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Johor YB Dato’ Haji Ramlee Bohani hadir dalam lawatan kerja War Room UMNO Pasir Gudang.
Saya berkesempatan berkongsikan mengenai inisiatif-inisiatif, program serta bantuan yang sudah dilaksanakan dan bakal dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Johor. Saya turut memaklumkan inisiatif yang berkaitan Perumahan & Kerajaan Tempatan.
Tahniah kepada UMNO Bahagian Pasir Gudang dibawah kepimpinan YB Dato Seri Mohammad Khaled Nordin.
Gerak kerja UMNO Pasir Gudang pastinya akan menambahkan kekuatan UMNO Johor dibawah pimpinan YAB Dato Onn Hafiz Ghazi.
Kepimpinan UMNO Pasir Gudang diwakili oleh YB Haji Bahar Timbalan Ketua UMNO Bahagian merangkap ADUN Permas, Naib Ketua UMNO Bahagian, Ketua Wanita, Pemuda & Puteri, Setiausaha UMNO Bahagian, Bendahari UMNO Bahagian, Ketua Penerangan UMNO Bahagian, AJK UMNO Bahagian serta Pegawai & AJK Sayap Wanita, Pemuda & Puteri Bahagian.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor