Lawatan Kerja Delegasi Johor ke Bumi Kenyalang, Sarawak

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian menyambut kami melawat ke Perkampungan Budaya Sarawak, Kuching dengan sambutan yang luar biasa. Pihak Tuan Rumah juga telah menyambut kami dengan tarikan, tarian pembukaan iaitu Tarian Orang Ulu di pintu masuk dan diakhiri sesi lawatan dengan Pertunjukkan Budaya di Teater Budaya.

Lawatan kerja saya bersama delegasi-delegasi Negeri Johor, yang turut dihadiri Yayasan Warisan Johor dan Tourism Johor ke Sarawak. Lawatan ini sebagai penunjuk aras menjadikan Sarawak Cultural Village sebagai model rujukan bagi pembangunan dan perancangan kebudayaan di negeri Johor.

Perkampungan Budaya Sarawak yang ikonik bagi negeri Sarawak, menjadikan ia sebagai satu destinasi pelancongan utama para pengunjung disini.Kalau Sarawak ada keunikan budayanya tersendiri. JOHOR juga ada rahsia kebudayaannya.
Aktiviti-aktiviti menarik juga telah dipersembahkan dan saya sertai bersama, antaranya adalah melawat ke Rumah Panjang Bidayuh, menikmati ‘kuih chap’, membuat aktiviti menyumpit dan sebagainya.