Serahan Sumbangan “One-Off” Yayasan Sejahtera Kulai

Alhamdulillah, Saya sebagai Pengerusi Yayasan Sejahtera Kulai, berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan di Pejabat Yayasan Sejahtera Kulai.

Hari ini Yayasan telah memperuntukkan sebanyak RM 13,800.00 memberi manfaat kepada 12 Orang penerima.

Sebahagian penerima merupakan Usahawan Kecil yang berniaga Di Kg Murnijaya dan saya juga telah Membuat lawatan ke Premis Peniaga tersebut, Selebihnya penerima Sumbangan ‘One -Off’ Dan Sumbangan Menjalankan Program-Program Komuniti.

Selari dengan Kepimpinan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, sentiasa prihatin kepada rakyat terutama Bangsa Johor.

Moga dengan sumbangan ini dapat mengurangkan beban dalam menghadapi ujian,kepada para Peniaga moga terus maju jaya dalam peniagaan.

ALLAH PELIHARAKAN SULTAN
ALLAH BERKATI JOHOR