Lawatan Kerja ke Pembangunan Pusat Rekreasi Sungai Lebam Pengerang

Alhamdulilah, saya telah melaksanakan Lawatan Kerja ke Pembangunan Pusat Rekreasi Sungai Lebam Pengerang.

Dalam pengumuman belanjawan 2025 oleh YAB Dato Onn Hafiz Ghazi November lalu, beliau telah mengumumkan peruntukkan RM 10 juta untuk pembangunan Pusat Rekreasi Sungai Lebam ini.

Kawasan dengan keluasan 15.8 ekar ini dibangunkan dengan kemudahan jeti yang lengkap dengan kemudahan pengunjung untuk meningkatkan potensi pelancongan.

Variasi yang diketengahkan adalah melalui aktiviti rekreasi air tawar yang dimana sebelum ini kawasan Pengerang hanya tertumpu di kawasan pelancongan pantai sahaja.

Pembangunan ini dijangka akan siap pada Q4 2025 dan akan menjadi salah satu kawasan tumpuan pelancongan sempena tahun melawat Johor dan tahun melawat Malaysia 2026. Saya sendiri bersama Majlis Perbandaran Pengerang -MPP dibawah kepimpinan Tuan Haji Ts. Johari Tarmidi akan memantau secara agresif ‘progress’ projek ini.

Turut hadir dalam lawatan ini YB Fauziah Misri – Adun Penawar ADUN Penawar,Encik Mohd Saharuddin bin Mohd Yunus Ketua Penolong Pegawai Daerah Kota Tinggi, Encik Iskandar Omar & Encik Kamarul Ehsan Esa Setiausaha Sulit 2 & 3 YAB Menteri Besar, Pegawai KEJORA, Pegawai Pejabat Tanah Daerah Kota Tinggi, Pegawai Pejabat Tanah Kecil Pengerang, Wakil SAFWA, Jabatan Pengairan & Saliran, Pejabat Renjer, Pejabat Perhutanan serta Ketua-Ketua Jabatan dan wakil agensi berkaitan.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor