Menyantuni Penduduk Kampung Orang Asli Putting
Sudah menjadi rutin saya menyantuni penduduk Kampung Orang Asli Putting di dalam kawasan DUN Buloh Kasap.
Sempat saya beramah mesra bersama beberapa keluarga, serta meninjau projek fertigasi cili, keadaan surau dan tabika KEMAS. Ada keperluan untuk tambah baik kemudahan premis ini.
Kami juga berkesempatan menyampaikan Bakul Kasih Johor sumbangan YAB Menteri Besar Johor. Seperti biasa sumbangan ini kami sampaikan untuk semua keluarga yang ada di kampung ini. insha’Allah kami akan datang lagi pada masa akan datang.