Lawatan Rasmi ke Rumah Perlindungan Kanak-Kanak (RPKK) bersama YAB Menteri Besar Johor
Satu sesi lawatan rasmi Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz Ghazi Menteri Besar Johor ke Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM Negeri Johor – JKMNJ. Kami juga sempat meluangkan masa dan beramah mesra bersama kanak-kanak di sana, sekaligus meninjau keadaan persekitaran dan melihat pemasalahan dan isu yang dihadapi di rumah perlindungan ini.
Untuk makluman, Rumah Perlindungan Kanak-Kanak (RPKK) ialah institusi yang diselia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau badan berkaitan bagi menyediakan perlindungan, penjagaan, dan pemulihan kepada kanak-kanak yang memerlukan. Antara perkhidmatan yang disediakan menerusi Rumah Perlindungan ini adalah Pemeliharaan dan Perlindungan, Bimbingan dan Kaunseling, Pendidikan, Didikan Agama dan Moral, Aktiviti Ko-Kurikulum, Rawatan Perubatan dan Pemeriksaan Kesihatan.
Kerajaan Negeri Johor di bawah naungan YAB Menteri Besar Johor akan sentiasa memastikan segala kebajikan rakyat Johor akan terjaga.
Turut hadir Encik Ahmad Hashim Bin Selamat, Pengarah JKMNJ; Puan Muzairiah Binti Bajuri, Timbalan Pengarah JKM Negeri Johor; Tuan Ir. Zainal bin Tumian, Pengarah Jabatan Kerja Raya Johor; Puan Dalyana Murni Binti, Penolong Setiausaha (Pembangunan Sektoral) Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor – Laman Rasmi; dan semua pegawai yang terlibat.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor