Lawatan Kes Rujukan YAB Menteri Besar Johor
Pada 20 Januari 2025, tular sebuah berita mengenai seorang pelajar Tingkatan 1 yang terlibat dalam musibah kemalangan. Sayu hati saya apabila mendengar sendiri kisah yang diceritakan oleh ibu dan ayahnya mengenai kejadian yang menimpa keluarga mereka. Saya bersama pihak JKMNJ telah menziarahi keluarga tersebut, dan JKMNJ turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada mereka. Semoga roh arwah anak kecil ini dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisi Allah SWT.

Seterusnya, kami melawat dua buah keluarga di daerah Pontian, dengan lokasi pertama di Batu 30, Pengkalan Raja, Pekan Nanas, Pontian, Johor, di mana pihak JKMNJ turut menyampaikan surat keputusan permohonan Bantuan Am sebanyak RM300.00 sebulan kepada penerima. Seterusnya, lawatan diteruskan ke Kampung Tengah, Sungai Kuali, Serkat, Pontian, Johor, yang disertai dengan Program Gotong-Royong di rumah mereka dengan kerjasama JKM serta pelatih Perintah Khidmat Masyarakat Daerah Pontian bagi membersihkan dan menambah baik keadaan persekitaran rumah.
Turut hadir wakil Pejabat Daerah Pontian_Official, wakil YB Dun Pekan Nanas dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kebajikan Produktif dan Komuniti JKM Negeri Johor – JKMNJ serta Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Pontian.
Allah Peliharakan Sultan