Lawatan War Room Johor ke UMNO Bahagian Kulai

Alhamdulillah, hari ni Umno Bahagian Kulai telah menerima kunjungan dari Pengerusi War Room UMNO Johor yang telah diketuai oleh YB Datuk Hj. Samsolbari Jamali

Turut bersama, YB Aznan Tamin, Wakil Kerajaan Negeri Johor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan & Penerangan Negeri Johor.

Ribuan Terima Kasih untuk taklimat dan perkongsian ilmu bagi gerak kerja di UMNO Bahagian Kulai.

UMNO Negeri Johor dibawah pimpinan YAB Pengerusi, Dato Onn Hafiz Ghazi telah memainkan peranan yang amat penting dalam memperkukuhkan perpaduan dan kestabilan politik di negeri ini.

Kepimpinan yang dinamik serta komitmen tinggi dalam memperjuangkan aspirasi rakyat Johor menjadikan UMNO sebagai tunjang utama dalam pembangunan negeri.

Usaha gigih memastikan kesejahteraan rakyat serta mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat menunjukkan bahawa UMNO Johor bukan sahaja berperanan dalam politik tetapi juga dalam membentuk masyarakat yang lebih maju dan sejahtera.

Turut hadir bersama YB Dato. Hj Ramlee Bohani, Setiausaha Politik YAB Menteri Besar Johor, YBhg.Datuk Zainal Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kulai, Sdra. Fadhil Misnan Naib Ketua UMNO Bahagian Kulai, Ybhg Puan Hajah Nadia Ab Azis, Ketua Wanita UMNO Kulai, Sdra. Kamal Ulum Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kulai, Sdri. Suhaizan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kulai, JK UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kulai.