Mesyuarat Pembentangan ‘Timeline’ Gerak Kerja & Projek Pembangunan MDM, MDKT & MDL

Saya telah mempengerusikan mesyuarat pembentangan ‘timeline’ gerak kerja & projek pembangunan MDM, MDKT & MDL

MDM telah memperuntukkan sejumlah RM1,710,000.00 dengan 4 projek, MDKT telah memperuntukkan sejumlah RM 600,000.0p dengan 3 projek dan MDL telah memperuntukkan sejumlah RM61,250.00 dengan 2 projek yang melibatkan projek bermanfaat kepada rakyat dan projek berimpak tinggi kepada pembangunan Kerajaan Negeri.

Antara projek yang dilaksanakan bermula Januari 2025 dan siap pada Q4 2025 adalah seperti berikut :

1. Menaiktaraf, Menyelenggara dan Mempromosi Kampungstay@Teluk Buih
2. Menaiktaraf Dataran Niaga di Jalan Tun Dr Ismail Mersing (Fasa 2)
3. Penyelenggaraan Lampu Jalan dan Lampu Isyarat sekitar Bandar Mersing

1. Menaiktaraf Longkang dan Pembentung di Jalan Belinjau dan Jalan Kundang, Taman Kota Jaya
2. Menanam Bunga Semusim Sekitar MDKT
3. Membaikpulih dan Menyelenggara Laluan Pejalan Kaki di Jalan Tun Habab

Bagi Majlis Daerah Labis
1. Menaiktaraf Parit di Hadapan Gerai Jalan Ibrahim, Labis
2. Penyelenggaraan Lampu Dekoratif di Pekan Labis

Pembentangan timeline gerak kerja ini adalah bagi memastikan PBT sentiasa ‘on track’ untuk projek pembangunan bagi memastikan perkhidmatan Kerajaan Negeri Johor dibawah teraju YAB Dato Onn Hafiz Ghazi sentiasa efisien & berkesan.

Pembentangan ini dihadiri oleh Encik Norman YDP MDM & Puan Rina Farhana Ketua Whip MDM, Encik Nazrul YDP MDKT & Tuan Haji Hashim Ketua Whip MDKT,Encik Hafiz Mokrey SU MDL dan Encik Azhar Ketua Whip MDL dan Cik Ajlaa Sofya PSUB Kerajaan Tempatan Negeri Johor.