Majlis Aprisiasi Tabika/Taska dan Iqfa KEMAS Parlimen Pengerang
Merasmikan Majlis Aprisiasi Tabika/Taska dan Iqfa KEMAS Parlimen Pengerang 2024/2025 bertempat di Dewan Semai Bakti FELDA Adela
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jawatankuasa pelaksana Majlis kerana telah berjaya menganjurkan dan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan program ini berlangsung dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan juga kepada pihak Pengurusan Felda Adela yang telah bekerjasama dari segi penyediaan tempat dan fasiliti bagi melancarkan lagi majlis pada hari ini. Tidak dilupakan kepada para ibu bapa yang setia menanti dari awal bagi melihat anak-anak berada di pentas penganugerahan bagi meraikan kejayaan mereka.
Saya percaya majlis penganugerahkan ini bukan sekadar meraikan anak- anak kita tetapi memberikan nilaitambah yang positif kepada perkembangan sahsiah mereka khususnya TABIKA dan TASKA di awal usia agar lebih bersemangat meneruskan pembelajaran selain menanamkan sifat keberanian, keyakinan dan ketrampilan diri, mencungkil bakat, potensi dan menimba ilmu pengetahun di peringkat asas sebelum melangkah ke alam persekolahan sebenar.