Semarak Subuh Johor bagi DUN Tanjung Surat di Surau Al Jamaliah Kampung Bukit Raja
Alhamdulillah, Program Semarak Subuh Johor bagi DUN Tanjung Surat telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Surau Al Jamaliah Kampung Bukit Raja
Majlis dimulakan dengan solat subuh berjemaah seterusnya tazkirah Subuh yang memberikan pengisian rohani dan ilmu yang bermanfaat kepada para jemaah. Seusai program, majlis diteruskan dengan sarapan bersama-sama jemaah, yang turut mengeratkan ukhuwah dan semangat kekeluargaan dalam komuniti.