Majlis Makan Besar Tahun Baru Cina 2025
Selamat Tahun Baru Cina 2025!
Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan beramah mesra bersama masyarakat Tiong Hua sempena Majlis Makan Besar Tahun Baru Cina 2025 yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Foon Yew, Bandar Seri Alam.
Sambutan yang meriah ini dihadiri oleh lebih 1500 orang, termasuklah Ahli Majlis, JPKK, persatuan-persatuan, NGO, dan pelajar-pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
Pada tahun ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan bantuan buah limau kepada 120,000 rumah B40 yang melibatkan kesemua 56 DUN di Johor, sebagai simbol keberkatan di Tahun Baru Cina.
Tahun Baru Cina bukan hanya sekadar perayaan, tetapi satu simbol bagi kita untuk merayakan kepelbagaian dan saling menghormati antara satu sama lain. Johor mesti dengan cara Johor, sebuah negeri yang mengutamakan keharmonian, toleransi, dan kebersamaan dalam perbezaan.
Saya menyeru kepada seluruh Bangsa Johor untuk bersama-sama berganding bahu membangunkan negeri Johor tercinta ini demi generasi akan datang. Marilah kita bekerjasama untuk mencipta Johor yang lebih maju, makmur dan harmoni.
Semoga tahun ular ini membawa lebih banyak kejayaan, kesejahteraan, serta peluang untuk kita bersama-sama mengecapi kemakmuran yang lebih gemilang. Huat Ah! Gong Xi Fa Cai!
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor