Marketing Symposium: Strategies For Tomorrow 2025
Alhamdulillah malam ini saya berkesempatan menghadiri program “Marketing Symposium: Strategies For Tomorrow 2025” anjuran pelajar Tahun 1 Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran), Universiti Teknologi Malaysia di Sunway Hotel Big Box, Iskandar Puteri.
Majlis ini adalah sebagai sebuah platform penting untuk memperkukuh hubungan dan memberikan ruang yang luas kepada semua pelajar berkongsi ilmu dan memahami dinamik dunia industri pemasaran sepanjang menuntut pengajian selama 4 Tahun di Universiti Teknologi Malaysia.
Tahniah dan syabas kepada pelajar Tahun 1 Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) diatas penganjuran program ini bagi menguruskan acara pembentangan kajian yang telah disediakan oleh pelajar tahun akhir.
Turut hadir, Dr. Nor Zafir Md. Salleh, Timbalan Dekan Fakulti Pengurusan, UTM.