Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional
Syukur Alhamdulillah. Lautan Biru membanjiri Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional, simbol kesiapsiagaan seluruh jentera menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor!
Buat seluruh jentera, gendang kini telah dipalu, panji telah dikibar! Kini, tiba masanya untuk seluruh jentera menggembleng tenaga dan memperhebatkan gerak kerja di setiap peringkat demi memastikan mesej serta pencapaian yang telah dilaksanakan sampai kepada seluruh Bangsa Johor.
Namun, suka untuk saya ingatkan bahawa dalam berkempen, adab dan tatatertib tidak boleh diketepikan. Johor ada cara Johor! Berbeza pandangan bukan alasan untuk bermusuhan. Marilah kita berpolitik dengan matang dan saling meraikan perbezaan.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Pengerusi Barisan Nasional, barisan kepimpinan parti serta seluruh jentera yang hadir bagi menyuntik lagi semangat kemenangan buat BN Johor. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan demi agama, bangsa dan tanah Air. Insya-Allah!
HIDUP BN!
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#UndilahBarisanNasional #BarisanNasional #BNJohor #MajuJohor #BangsaJohor




