YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR
YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.
Seri Paduka Baginda berkenan menerima sembah taklimat mengenai laporan pencapaian ekonomi, pembangunan serta kemajuan negeri Johor, termasuk usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Johor dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Sesi mengadap ini adalah sebahagian daripada rutin pertemuan berkala antara Seri Paduka Baginda dengan kepimpinan negeri bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai hal ehwal pentadbiran serta laporan pembangunan negeri.
Kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan Seri Paduka Baginda. Sejajar dengan hasrat berkenaan, pelbagai usaha kebajikan lain akan terus digerakkan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor, Yayasan Sultanah Fatimah dan Yayasan Sultanah Rogayah yang memainkan peranan penting dalam membantu golongan memerlukan serta meringankan beban rakyat di seluruh negeri.
Sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada hari ini (7 Jun).




